6 PERKARA PERLU ANDA TAHU SEBELUM MENGGUNAKAN TANDAS JEPUN
Berikut adalah apa yang anda perlu tahu sebelum menggunakan tandas di Jepun
1. Bahaya Selipar Tandas
Jepun mempunyai budaya yang sukakan kebersihan. Mereka menganggap kasut sebagai barang yang kotor kerana penggunaannya. Apabila anda memasuki rumah di Jepun, perkara pertama yang anda perlu lakukan adalah menanggalkan kasut anda. Adat ini juga diguna pakai di bilik-bilik hotel dan restoran dimana anda akan diberikan selipar khas untuk dipakai.
Terdapat pelbagai jenis selipar yang berlainan. Apabila anda masuk ke tandas, jangan lupa untuk menanggalkan selipar bilik dan memakai selipar yang telah dikhaskan penggunaannya di tandas dan begitulah sebaliknya. Bagi penduduk Jepun, selipar tandas dianggap benda yang paling kotor di dunia!

