1. GINZA
Ginza (銀座) adalah tempat membeli-belah yang mewah, mempunyai pelbagai makanan yang enak dan hiburan yang paling terkenal di Tokyo, dan mempunyai banyak pasar raya, butik, galeri seni, restoran, kelab malam dan kafe.
Nilai harga Satu meter persegi tanah di Ginza adalah bernilai lebih dari sepuluh juta yen, menjadikannya salah satu daripada hartanah yang paling mahal di Jepun. Anda boleh mencari hampir setiap jenama terkemuka dunia fesyen dan kosmetik di kawasan ini.
Kebanyakan kedai-kedai di daerah Ginza dibuka setiap hari dalam seminggu. Waktu yang paling sesuai untuk melawat tempat ini adalah pada waktu petang di hujung minggu iaitu apabila pusat jalan Chuo Dori ditutup kepada lalu lintas kereta dan menjadi zon pejalan kaki yang besar. Masa jalan ditutup adalah pada pukul 12:00pm-17:00pm (sehingga 18:00pm dari April hingga September).
