Lazatnya Donburi!
Donburi atau don (secara amnya “mangkuk”), merupakan hidangan Jepun berupa nasi yang disajikan dalam mangkuk dengan makanan atau lauk diatasnya. Lauknya boleh terdiri daripada ikan, daging, sayur-sayuran atau bahan-bahan lain yang diadunkan bersama dan di hidangkan di atas nasi.
Donburi mula muncul sekitar tahun (1603-1837) pada zaman Edo di Jepun. Donburi pertama yang diperkenalkan adalah don Unagi; belut panggang diletakkan dalam mangkuk dan dimasak bersama nasi. Pada awalnya, hidangan Donburi ini dimakan pada saat menghadiri pertunjukkan teater. Akan tetapi, oleh kerana Donburi amat mudah disediakan dan mempunyai rasa yang lazat, konsep Donburi dengan cepat tersebar ke seluruh Jepun dan menjadi sangat popular. Ia kini merupakan hidangan kegemaran isi rumah bagi kebanyakan keluarga di Jepun.
